PUBG Mobile Kini Mencatatkan 400 Juta Muat Turun, Kemas Kini Bawa 4V4 Team Mode! Comments Off on PUBG Mobile Kini Mencatatkan 400 Juta Muat Turun, Kemas Kini Bawa 4V4 Team Mode! 365

Tencent Games nampaknya sangat menyerlah dalam penawaran permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile apabila syarikat ini mengumumkan pencapaian terbaru mereka apabila permainan tersebut telah berjaya dimuat turun mencecah 400,000,000 setakat ini.

Dalam menyambut kejayaan terbesar ini, pembangun permainan telah menyertakan beberapa ciri terbaru kepada pengguna. Ia juga sebahagian daripada kerjasama dengan Godzilla: King of the Monsters menerusi mod permainan yang dinamakan 4V4 Team Mode.

Konsep permainan terbaru ini mungkin mirip seperti CS:GO yang mana meletakkan lapan pemain dalam dua pasukan menentang satu sama lain bagi mendapatkan skor tertinggi yang akan dipaparkan pada akhir permainan. Permainan ini mungkin lebih seronok dimain kerana ia hanya melagakan dua pasukan untuk tempoh enam minit di peta baharu – Warehouse.

Bagi pemain yang masih belum membuat kemas kini perisian, anda boleh memuat turun versi 0.13.0 sekarang melalui App Store dan PlayStore untuk menikmati beberapa ciri terbaru dan kelancaran dalam permainan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend