PUBG Mobile Dengan Mod Zombi RE2 Kini Boleh Dimuat Turun Comments Off on PUBG Mobile Dengan Mod Zombi RE2 Kini Boleh Dimuat Turun 653

Tencent Mobile akhirnya melepaskan kemas kini terbaru PUBG Mobile kepada para pemainnya di dua platfom Android dan iOS hari ini. Melalui kemas kini ini, para pemain ditawarkan mod permainan zombi di peta Erangel dan beberapa ciri baharu lain.

Ketua zombi dari Resident Evil 2 akan berkeliaran di dalam peta dan pemain perlu membunuhnya bagi mendapatkan bekalan untuk bertahan hingga ke subuh. Menu utama pula kini membawakan tema dan muzik bertemakan Resident Evil 2.

Selain daripada mod zombi, peta Vikendi juga telah ditambah baik seperti bangunan yang direka semula, kehadiran cuaca malam, dan ia tidak lagi dalam versi beta. Peta Sanhok pula kini boleh dimainkan dalam mod Arcade-Quick Match. Bagi pemain yang memiliki UC (tunai maya) anda turut ditawarkan barangan sempena ulangtahun pada harga promosi.

Tencet turut memasukkan beberapa tawaran dan ciri lain termasuk pembaikian pepijat dalam PUBG Mobile versi Resident Evil 2. Saiz muat turun pula adalah sebesar 1.8GB untuk peranti Android dan 2.4GB untuk peranti iOS.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend