PUBG Mobile Dedah Senarai Akaun Pemain Yang Disenarai Hitamkan Selama 10 Tahun Kerana Menipu Comments Off on PUBG Mobile Dedah Senarai Akaun Pemain Yang Disenarai Hitamkan Selama 10 Tahun Kerana Menipu 224

PUBG Mobile sememangnya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia boleh dianggap sebagai salah satu judul permainan mudah alih yang paling popular di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia sendiri. Semakin ramai yang memainkan permainan itu, bermakna semakin tinggi pemain yang cuba mengambil jalan pintas dengan menipu permainan.

Bagi membendung aktiviti penipuan untuk memastikan persekitaran permainan yang lebih adil, PUBG Mobile baru-baru ini telah mengeluarkan senarai akaun pemain yang didapati telah melakukan penipuan dalam permainan tersebut sepanjang 25 Jun hingga 1 Julai 2019 yang lalu.

Bahkan PUBG Mobile juga telah mengenakan tindakan untuk menyekat setiap akaun yang terlibat selama 10 tahun. Ini bermakna setiap akaun yang telah diambil tindakan, akan hanya boleh bermain menggunakan akaun yang sama untuk satu tempoh masa yang sangat lama, dan mereka sudah tentunya perlu bermain menggunakan akaun baharu daripada awal permainan.

  • Klik untuk melihat senarai akaun pemain yang telah disenarai hitamkan → PUBG Mobile

Baca juga:

BAD LAB Kini Menaja Pasukan Perdana CS:GO Malaysia, Turut Menganjurkan Pertandingan PUBG Mobile

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend