PUBG Mobile Bakal Sokong Mod 90 FPS Dan 10-Bit HDR Bermula Tahun Depan Comments Off on PUBG Mobile Bakal Sokong Mod 90 FPS Dan 10-Bit HDR Bermula Tahun Depan

Di dalam acara Snapdragon Tech Summit 2019, Qualcomm telahpun mengumumkan cipset mercu terbaharunya iaitu Snapdragon 865 yang dilaporkan menyokong prestasi CPU dan GPU 25% lebih baik berbanding cipset mercunya sekarang. Selain memperkenalkan barisan cipset terbaharunya, Qualcomm turut membuat pengumuman menarik tentang permainan battle royale paling popular iaitu PUBG Mobile.

Melalui pengumuman itu, PUBG Mobile dikatakan akan mula menerima sokongan mod 90 fps yang mampu memastikan pengalaman permainan yang jauh lebih lancar. Berbeza dengan peranti Snapdragon 855 dengan skrin 90Hz, cipset Snapdragon 865 yang menyokong sehingga 144Hz ini membolehkan peranti dengan kadar segar semula skrin yang tinggi dioptimumkan dengan lebih baik.

Malah kualiti paparan permainan PUBG Mobile juga akan diperhebatkan lagi dengan sokongan 10-bit HDR, yang mampu menjanjikan paparan yang lebih dinamik dan lebih realistik.

Baca juga:

Qualcomm Umum Tiga Cipset Terbaharunya Dengan Sokongan 5G – Snapdragon 865, 765 Dan 765G

Qualcomm Turut Memperkenalkan Sensor Pengimbas Cap Jari Terbesar Di Dunia – 3D Sonic Max

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend