PUBG Bakal Dimainkan di Playstation 4 Bulan Hadapan 0 260

Selepas Fortnite, IGN melaporkan PUBG berkemungkinan besar akan diperkenalkan di konsol paling popular di dunia, Playstation 4 bulan hadapan. Ini susulan daripada Xbox One yang telah muncul sebagai konsol pertama yang menawarkan PUBG bermula hari ini.

Dakwaan ini semakin kuat apabila salah seorang ahli forum PSNProfile telah menemui maklumat data berkenaan permainan PUBG di pelayan Sony. Terdahulu, pembangun permainan Bluehole Company bersama Tencent Mobile telah bertemu pihak Sony untuk penawaran PUBG ke dalam konsol versi yang keempat ini.

[Gambar] Di sebalik pembikinan PUBG
Kita juga telah mengetahui kini ramai pemain PUBG PC telah mula beralih ke PUBG Mobile dan apabila ia memasuki konsol, adakah sambutan yang akan diterima lebih baik atau sebaliknya. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend