PUBG Mobile : 10 Tips & Tricks!!! Comments Off on PUBG Mobile : 10 Tips & Tricks!!! 5475

Siapa geng Teknoratz yang main PUBG?!

Sini ada 10 tips yang kami nak kongsikan supaya dapatlah kita beramai-ramai makan ayam di hujung permainan.

1. Aktifkan fungsi Gyroscope

Apabila diaktifkan, ia amat berguna ketika kita sedang mensasarkan musuh. Tak perlu swipe nak ubah pandangan, hanya gerakkan peranti. Juga membantu ketika sedang bergerak di dalam permainan.

 

2. Rendahkan Grafik

Grafik yang rendah lebih mesra bateri dan juga memudahkan permainan untuk menyuap data ketika bermain.

 

3. Susun sendiri layout butang kawalan

Susun butang kawalan mengikut keselesaan masing-masing.

 

 

4. Kasut & Pakaian

Aku tidak memakai kasut, dengan cara ini bunyi ketika bergerak dapat diminimalkan. terutamanya ketika bergerak dalam mod “crouch” di dalam bangunan. Selain itu, pilih pakaian yang gelap, ini kerana pakaian cerah mengundang perhatian. *skirt hanya untuk hiasan.

 

5. Pilihan Lokasi

Pilihan lokasi amat penting.

  1. Elak tempat yang padat dengan bangunan semasa terjun. Tempat ni hotspot.
  2. Kumpul seberapa banyak items pada awal permainan. Elakkan player lain.
  3. Elak kawasan lapang.
  4. Kenderaan banyak di kawasan yang mempunyai jalan.

 

6. Menyorok

Gunakan bangunan, pondok dan juga tumbuhan untuk menyorok. Di sinilah kelebihan berbaju gelap akan terserlah.

 

7. Perhatikan Peta

Perhatikan peta dengan kerap, bagi memastikan korang tidak jauh dari lingkaran permainan. Kalau dah jauh, jenuh woo nak lari.

 

8. Crate

Jangan excited kejar crate. Ramai player yang guna taktik hendap, mereka tunggu untuk menyerang player yang mengambil item di crate. Perhatikan dari jauh, dan jika selamat, gerak dan serang hendap player untuk merampas inventori dorang.

 

9. Kawasan Tinggi

Player di kawasan tinggi mempunyai kelebihan. Pandangan permainan mereka lebih luas lantas memudahkan player ini mengatur serangan.

 

10. Rancang Pergerakan

Jangan terlalu kerap berada di tengah lingkaran putih. Bermain di kawasan sekitar dan meminimakan pergerakan adalah cara terbaik untuk kekal di dalam permainan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend