Prototaip Nubia NX610J Hadir Dengan Rekaan Skrin Mirip Seperti Essential Phone Comments Off on Prototaip Nubia NX610J Hadir Dengan Rekaan Skrin Mirip Seperti Essential Phone

Jika dibandingkan dengan peranti kelas pertengahan yang ditawarkan pada harga mampu milik dalam pasaran tempatan, pengguna lebih cenderung untuk memilih jenama terkenal seperti Xiaomi, vivo dan juga OPPO. Sebenarnya tanpa anda sedari, jenama nubia boleh dianggap sebagai salah jenama yang berbaloi untuk dimiliki kerana ia turut menawarkan sokongan spesifikasi yang baik.

Di Malaysia, nubia telah memperkenalkan model flagship keluarannya iaitu nubia Z17S yang menampilkan sokongan paparan skrin penuh dengan nisbah 17:9. Baru-baru ini satu lagi model dengan paparan skrin penuh dari jenama itu telah tertiris di Internet, yang mana ia memperlihatkan gambar penuh prototaip yang menggunakan nama kod NX610J.

Setakat ini tiada spesifikasi yang berjaya didedahkan, tetapi melalui gambar tersebut jelas dapat dilihat peranti prototaip nubia NX610J ini menyokong saiz bezel yang lebih nipis melalui rekaan skrin penuh yang mirip seperti Essential Phone. Bahagian takuk (notch) pada peranti itu telah menempatkan satu lensa swafoto dan di bahagian atasnya pula boleh ditemui satu lubang earpiece untuk menjawab panggilan.

Walaupun ia diletakkan didalam sarung khas bagi menyembunyikan rekaan sebenarnya, panel belakang nubia NX610J ini tersedia dengan dua buah kamera dan juga sensor pengimbas cap jari di tengah-tengahnya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend