Prototaip Honor 10 Memperlihatkan Sokongan Skrin Bertakuk Dengan Dwi Kamera Comments Off on Prototaip Honor 10 Memperlihatkan Sokongan Skrin Bertakuk Dengan Dwi Kamera

Baru-baru ini ada seorang pengguna di Weibo telah mendedahkan gambar sebuah peranti prototaip yang didakwa milik honor 10 yang akan diperkenalkan pada tahun ini. Namun begitu tiada sebarang maklumat berkaitan spesifikasi yang didedahkan tetapi melalui tiga keping gambar yang dikongsikan itu, beberapa kesimpulan awal sudah boleh dibuat.

Walaupun rekaan prototaip honor 10 ini cuba disembunyikan melalui penggunaan casing khas, jelas dapat dilihat bahawa ia menyokong paparan skrin dengan nisbah 18:9. Apa yang membezakannya dengan honor 9 Lite adalah kehadiran takuk kecil yang terdapat pada bahagian atas paparan.

Bahagian bawah paparan turut menempatkan bezel yang agak besar dengan sokongan sensor pengimbas cap jari dan juga dua buah butang kawalan tanpa sebarang ikon. Panel belakangnya pula boleh ditemui dwi kamera yang masih belum diketahui resolusinya di atas permukaan belakang berwarna biru mirip seperti honor 9 Lite, tetapi tanpa sensor pengimbas cap jari di belakangnya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend