Prototaip Dipercayai Xiaomi Redmi 6 Diperlihatkan Dengan Rekaan Skrin Bertakuk Dan Dwi Kamera Comments Off on Prototaip Dipercayai Xiaomi Redmi 6 Diperlihatkan Dengan Rekaan Skrin Bertakuk Dan Dwi Kamera

Xiaomi sebelum ini telah mengesahkan akan mengadakan majlis pelancaran Xiaomi Mi 8 dan juga pendedahan pertama MIUI 10 pada 31 Mei 2018 nanti. Bahkan khabar angin juga ada mengatakan bahawa Xiaomi juga akan turut melancarkan Xiaomi Mi 7 dan juga Mi Band 3 pada majlis pelancaran tersebut.

Belumpun produk terbaru keluaran Xiaomi ini didedahkan secara rasmi, kini timbul pula ketirisan imej yang dipercayai miliki Xiaomi Redmi 6 di Internet. Jika dilihat pada imej yang dikongsikan itu, ia bukanlah produk akhir tetapi merupakan unit prototaip awal Xiaomi Redmi 6 kerana kemasan rekaannya masih lagi tidak sempurna.

Kami sendiri tidak dapat mengesahkan kesahihan imej yang dikongsikan ini, tetapi berdasarkan kepada gambar tersebut ia jelas memperlihatkan sokongan rekaan skrin bertakuk dan juga dwi kamera untuk penggambaran utamanya. Malah ia juga dilihat tidak dioperasikan oleh antaramuka MIUI, sebaliknya hadir dengan antaramuka Android asli.

Memandangkan ia masih lagi belum dapat disahkan sebagai model Xiaomi Redmi 6, terpaksalah kita nantikan pendedahan rasmi dari Xiaomi pada masa akan datang.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend