Prototaip Bose Noise-Masking Sleepbuds Dijual Pada Harga Tidak Masuk Akal Di eBay Comments Off on Prototaip Bose Noise-Masking Sleepbuds Dijual Pada Harga Tidak Masuk Akal Di eBay

Bose sememangnya sangat terkenal kerana merupakan salah satu daripada pengeluar produk audio yang berkualiti tinggi. Jika sebelum ini Bose lebih memfokuskan kepada produk yang berasaskan hiburan, tetapi pada November 2017 yang lalu mereka telah memperkenalkan sebuah produk yang agak berbeza sama sekali kerana ia lebih memfokuskan kepada aspek kesihatan.

Melalui kempen Indiegogo yang membantu pengeluar untuk mendapatkan pembiayaan daripada orang ramai, Bose telah memperkenalkan prototaip Noise-Masking Sleepbuds yang membantu pengguna untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Dengan bantuan fon telinga daripada Bose ini, pengguna boleh memastikan tidur mereka tidak diganggu oleh bunyi asing dan sebaliknya mereka boleh memilih untuk mendengar pilihan bunyi yang lebih menenangkan.

Pengguna yang telah menyertai kempen ini boleh membeli prototaip Bose Noise-Masking Sleepbuds pada harga serendah USD150, dan sepatutnya mereka akan menerimanya pada Februari 2018 yang lepas. Namun sebagaimana kebanyakan projek prototaip yang lain, mereka hanya mula menerimanya beberapa hari yang lepas.

Apa yang tidak masuk akalnya, ada di antara pengguna yang telah menerima unit prototaip itu sudah cuba untuk mengaut keuntungan tidak masuk akal apabila cuba menjualnya semula di eBay pada harga mencecah sehingga USD800. Bose Noise-Masking Sleepbuds dijangka akan dijual pada harga pasaran USD249 pada tahun ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend