Promosi ‘Wiko Holiday Season’ Menawarkan Hadiah Percuma Dan Penukaran 1-ke-1 – 10 Dis 2018 Hingga 6 Jan 2019 Comments Off on Promosi ‘Wiko Holiday Season’ Menawarkan Hadiah Percuma Dan Penukaran 1-ke-1 – 10 Dis 2018 Hingga 6 Jan 2019

Bersempena dengan musim perayaan ini, Wiko Malaysia berbesar hati untuk mengadakan promosi ‘Wiko Holiday Season’ yang berlangsung pada 10 Disember 2018 hingga 6 Januari 2019 nanti. Selain boleh dimiliki untuk diri sendiri, ia juga boleh dijadikan sebagai hadiah untuk yang tersayang.

Sepanjang tempoh promosi ini, anda boleh memiliki empat model keluaran Wiko iaitu Tommy3 Plus, Tommy3, Sunny3 Plus dan juga Sunny2 Plus. Dengan setiap pembelian model yang dinyatakan, anda akan menerima hadiah percuma, potongan harga (model terpilih) dan juga bonus waranti dengan penukaran peranti 1-ke-1 untuk tempoh 120 hari selepas pembelian.

Untuk mendapatkan hadiah percuma yang diberikan, anda boleh membuat pembelian peranti Wiko terpilih ini di kedai Wiko yang sah di seluruh negara.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend