Promosi ‘VFans Sale’ Tawar Jaminan Waranti Tambahan, Diskaun Dan ‘Vivo Service Day’ – 1 Hingga 31 Julai 2019 Comments Off on Promosi ‘VFans Sale’ Tawar Jaminan Waranti Tambahan, Diskaun Dan ‘Vivo Service Day’ – 1 Hingga 31 Julai 2019 368

Bagi menghargai peminatnya di negara ini, Vivo Malaysia telah mengumumkan promosi istimewa ‘VFans Sale’ yang menawarkan pelbagai tawaran menarik yang akan berlangsung sepanjang bulan Julai 2019 iaitu bermula daripada 1 Julai hingga 31 Julai ini nanti.

Sepanjang tempoh promosi ini, pembeli boleh menikmati satu tahun jaminan waranti tambahan untuk setiap pembelian siri Vivo V, harga promosi untuk model Vivo Y17 yang kini dijual pada harga RM899, diskaun sehingga 50% untuk aksesori terpilih, peraduan atas talian, dan perkhidmatan pembersihan untuk telefon pintar secara percuma pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang Julai ini.

Untuk menikmati tawaran hebat ini, anda boleh mengunjungi kedai konsep Vivo terpilih di seluruh negara seperti berikut:

  • Kuala Lumpur – Low Yat Plaza
  • Selangor – Sunway Pyramid, Central i-City
  • Perak – Tesco Manjung
  • Negeri Sembilan – AEON Nilai
  • Johor – Mid Valley
  • Pulau Pinang – Queensbay Mall
  • Kedah – Aman Central
  • Sabah – Kompleks Karamunsing, Harbour Mall Sandakan, Imago, ITCC Penampang
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend