Promosi ‘Shopee Men’s Sale’ Janji Tawaran RM1 Untuk Pelbagai Produk Hebat – 13 Jun Hingga 23 Jun 2019 Comments Off on Promosi ‘Shopee Men’s Sale’ Janji Tawaran RM1 Untuk Pelbagai Produk Hebat – 13 Jun Hingga 23 Jun 2019 479

Bermula 13 Jun hingga 23 Jun 2019, Shopee Malaysia akan menganjurkan promosi yang dikhususkan untuk golongan lelaki bersempena ‘Shopee Men’s Sale’. Sepanjang tempoh promosi diadakan, anda boleh menikmati pelbagai ganjaran hebat yang menjanjikan nilai belian terbaik.

Lebih menariknya, kemuncak jualan ‘Shopee Men’s Sale’ akan berlangsung pada 20 Jun 2019 dengan menyaksikan tawaran dan juga ganjaran membeli-belah yang lebih hebat. Anda boleh menikmati tawaran RM1 untuk produk bernilai tinggi seperti Samsung Galaxy A70, mesin kopi Nescafe, komputer riba HP, Sharp Smart UHT TV 45″, dan juga jam tangan Fossil.

Peluang keemasan ini boleh disertai melalui permainan ‘Pasti Menang: One or Not, or Your Money Back’ yang mana wang anda akan dikembalikan semula sekiranya anda tidak terpilih sebagai pembeli bertuah produk bernilai RM1.

Sepanjang promosi ini juga, anda juga boleh mendapatkan ganjaran 120% daripada perbezaan harga sekiranya anda menjumpai barangan elektronik sama yang lebih murah di luar Shopee. Kempen ‘Pasti Murah: Electronics, Lowest Price Guaranteed’ ini secara tidak langsung memastikan tawaran harga terbaik untuk pembelian barangan elektronik di Shopee.

Kempen ‘Pasti Ada: Electronics, Find & Be Rewarded’ pula bakal menjanjikan pelbagai barangan elektronik untuk anda. Sekiranya  barangan yang dicari tidak ditemui di dalam Shopee, anda boleh menerima pampasan 10,000 Shopee Coins (tertakluk kepada terma dan syarat).

Pada setiap hari jam 12 tengah hari (setiap hari bekerja), anda juga boleh menyertai ‘Shopee Quiz’ dengan menjawab lapan soalan pengetahuan am untuk memenangi hadiah terkumpul sehingga 2 juta Shopee Coins. Bahkan anda juga boleh menggunakan Shopee Coins, baucar diskaun dan juga penghantaran percuma apabila berbelanja RM40 dan ke atas.

Untuk menikmati tawaran hebat daripada Shopee Men’s Sale, kunjungi https://shopee.com.my/m/mens-sale

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend