Promosi ‘ROG x NVIDIA – Back To School’ Menawarkan Pelbagai Hadiah Bernilai Lebih RM1,000 Dengan Pembelian Produk Terpilih Comments Off on Promosi ‘ROG x NVIDIA – Back To School’ Menawarkan Pelbagai Hadiah Bernilai Lebih RM1,000 Dengan Pembelian Produk Terpilih 149

Bermula 2 September hingga 13 Oktober 2019 nanti, Republic Of Gamers (ROG) dan NVIDIA telah menganjurkan promosi ‘Back To School’ dengan setiap pembelian produk ROG yang terpilih.

Sepanjang tempoh promosi, anda berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 12 unit ROG NVIDIA Doof Bean Bag melalui cabutan bertuah yang akan diadakan. Manakala pembeli yang terdiri daripada pelajar turut boleh mendapatkan hadiah eksklusif berupa rantai kunci ROG dan juga pek stiker ROG secara percuma.

Untuk menyertai promosi tempoh terhad ini, anda hanya perlu membuat pembelian produk ROG yang terpilih seperti berikut untuk menebus hadiah tambahan:

  • Beli komputer riba ROG atau PC dengan kad grafik GeForce RTX untuk menebus ROG NVIDIA Hoodie.
  • Beli komputer riba ROG atau PC dengan kad grafik GeForce GTX 1660Ti atau GTX 1650 untuk menebus payung ROG.

Untuk melihat pengumuman rasmi ROG, layari https://www.facebook.com/asusrogmalaysia/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend