Promosi ‘Lagi Bola Lagi Raya!’ Menawarkan Diskaun Sehingga RM6,000 Untuk TV QLED Keluaran Samsung – 1 Mei Hingga 30 Jun 2018 Comments Off on Promosi ‘Lagi Bola Lagi Raya!’ Menawarkan Diskaun Sehingga RM6,000 Untuk TV QLED Keluaran Samsung – 1 Mei Hingga 30 Jun 2018

Bersempena sambutan perayaan Hari Raya dan juga perlawanan bola sepak Piala Dunia yang akan tiba tidak lama lagi, Samsung telah menganjurkan promosi hebat iaitu ‘Lagi Bola Lagi Raya’ yang akan diadakan bermula dari 1 Mei hingga 30 Jun 2018 nanti.

Sepanjang promosi ini, pengguna boleh meraikan kemeriahan perayaan dengan pelbagai tawaran menarik untuk TV keluaran Samsung dengan diskaun mencecah sehingga RM6,000. Pengguna yang berminat untuk memiliki TV baru di rumah boleh mendapatkan Flat UHD TV model UA58NU7103 pada harga hanya RM3,499 dengan potongan harga sebanyak RM1,500. Manakala untuk Curved QLED TV model QA75Q8C pula boleh dimiliki pada harga RM30,999 selepas diskaun sebanyak RM6,000.

Selain TV, Samsung turut menawarkan diskaun untuk sistem audio dan juga pemain Blu-Ray dengan diskaun antara RM100 hingga RM500. Bagi yang berminat, anda boleh menghubungi Samsung Careline di talian 1800-88-9999 (24 jam).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend