Projek OpenKirin Menjanjikan Antaramuka Asli Android Menggantikan Antaramuka EMUI Pada Peranti Huawei/Honor Comments Off on Projek OpenKirin Menjanjikan Antaramuka Asli Android Menggantikan Antaramuka EMUI Pada Peranti Huawei/Honor

Huawei dan honor sememangnya boleh dianggap sebagai salah satu pengeluar peranti Android terbaik di pasaran buat masa ini kerana ia menampilkan sokongan spesifikasi antara yang terbaik dalam kelasnya. Namun begitu, rata-rata daripada pengguna dilihat masih skeptikal dengan antaramuka EMUI yang digunakan pada kedua-dua jenama ini.

Akhirnya perkara itu tidak lagi boleh dijadikan alasan kerana Projek OpenKirin berupaya menggantikan antaramuka EMUI pada peranti Huawei atau honor dengan custom ROM Android yang menjanjikan antaramuka asli Android. Buat masa ini, terdapat tiga custom ROM yang sedia untuk dimuat turun iaitu LineageOS, Resurrection Remix OS, dan juga CarbonOS.

Walau bagaimanapun, projek OpenKirin ini hanya menyokong peranti Huawei atau honor yang dioperasikan setakat EMUI 8.0 sahaja. Setakat ini hanya 17 model keluaran Huawei dan honor sahaja yang menyokong projek OpenKirin ini iaitu:

Kirin 970

  • Huawei Mate 10 (ALP-L09 / ALP-L29 / ALP-AL00)
  • Huawei Mate 10 Pro (BLA-L09 / BLA-L29 / BLA-AL00)
  • honor View 10 (BKL-L09)

Kirin 960

  • Huawei Mate 9 (MHA-L00 / MHA-L09 / MHA-L29 / MHA-TL00)
  • Huawei Mate 9 Pro (LON-AL00 / LON-AL10 / LON-L29)
  • Huawei P10 (VTR-L09 / VTR-L29 / VTR-AL00 / VTR-TL00)
  • Huawei P10 Plus (VKY-L09 / VKY-L29 / VKY-AL00)
  • Huawei MediaPad M5 8.4″ (SHT-W09 / SHT-AL09)
  • Huawei MediaPad M5 10.8″ (CMR-AL09 / CMR-W09)
  • Huawei MediaPad M5 Pro (CMR-AL19 / CMR-W19)
  • honor 9 (STF-L09 / STF-AL00 / STF-AL10 / STF-TL10)
  • honor 8 Pro (DUK-L09)

Kirin 659

  • Huawei nova 2i (ALP-L09 / ALP-L29 / ALP-AL00 / ALP-TL00)
  • Huawei Enjoy 7s (FIG-LX1 / FIG-LA1 / FIG-LX2 / FIG-LX3)
  • honor 7X (BND-L21 / BND-L22 / BND-L24 / BND-AL10 / BND-TL10)

Kirin 658

  • Huawei P10 Lite (WAS-AL00 / WAS-TL10 / WAS-LX1 / WAS-LX2 / WAS-LX2J / WAS-LX3 / WAS-L03T)

Kirin 655

  • honor 6X (BLN-L21 / BLN-L22 / BLN-L24 / BLN-AL10)

Jika anda berminat untuk mencuba antaramuka asli Android yang disediakan oleh OpenKirin ini, pastikan anda tidak menunggu lama kerana permintaan untuk mendapatkan kod unlock bootloader hanya boleh dibuat sehingga 22 Julai 2018 nanti.

Muat turun OpenKirin ROM untuk peranti Huawei atau honor:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend