Program Penukaran Bateri Untuk Peranti Huawei Terpilih Pada Harga RM99 – 8 April Hingga 7 Mei 2019 Comments Off on Program Penukaran Bateri Untuk Peranti Huawei Terpilih Pada Harga RM99 – 8 April Hingga 7 Mei 2019 477

Huawei Malaysia sebelum ini pernah menganjurkan program penukaran bateri untuk peranti Huawei terpilih pada harga hanya RM99 bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina, awal tahun 2019 yang lalu.

Kini serentak dengan pelancaran siri Huawei P30 di negara ini, Huawei Malaysia sekali lagi mengadakan program penukaran bateri pada harga RM99 untuk lebih banyak peranti keluarannya. Antara peranti baharu yang tersenarai termasuklah siri Huawei P20, siri Huawei Mate 10, dan juga siri Nova 3.

Menariknya harga RM99 itu turut termasuk harga alat ganti dan juga upah pasang, namun begitu promosi ini hanya terhad untuk penukaran bateri dan tidak termasuk isu ataupun kos pembaikan yang lain. Pengguna yang ingin menyertai program ini boleh membuat penukaran di pusat servis yang menyertainya, dan promosi ini sah bermula 8 April hingga 7 Mei 2019.

Baca juga:

Huawei Tawar Penukaran Bateri Peranti Lama Pada Harga RM99

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend