Produk USB4 Dengan Sokongan 40Gbps /100W Akan Mula Diperkenalkan Di Pasaran Hujung Tahun 2020 Comments Off on Produk USB4 Dengan Sokongan 40Gbps /100W Akan Mula Diperkenalkan Di Pasaran Hujung Tahun 2020 663

Melalui pertemuan AnandTech dengan USB Promoter Group di dalam pameran Computex yang berlangsung baru-baru ini, USB4 telahpun hadir dalam versi 0.7 dan perkembangan pembangunannya dilaporkan agak cepat. Malah mereka percaya bahawa produk komersial dengan sokongan USB4 ini akan mula berada di pasaran pada hujung tahun 2020 nanti.

Menurut USB Promoter Group, USB4 ini telah dibangunkan dengan menggunakan teknologi berasaskan Thunderbolt 3 yang mampu menawarkan kelajuan pemindahan data sehingga mencecah 40Gbps. Selain itu, ia juga mampu menyokong bekalan kuasa sehingga 100W, sambungan HDMI 2.0, dan juga Display 1.2 (DP 1.2).

sumber

Baca juga:

USB4 Dengan Sokongan Protokol Thunderbolt 3 Mampu Catat Pemindahan Data Sehingga 40 Gbps Kini Diumumkan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend