Prestasi Ujian Penanda Aras Kad Memori Huawei NM Setanding Dengan Kad Memori MicroSD Biasa Comments Off on Prestasi Ujian Penanda Aras Kad Memori Huawei NM Setanding Dengan Kad Memori MicroSD Biasa

Pada Oktober 2018 yang lalu, Huawei buat pertama kalinya telah memperkenalkan format baharu iaitu kad memori NM untuk menggantikan penggunaan kad memori microSD pada peranti keluarannya. Tanpa perlu menggunakan slot kad memori khas, pemilik peranti Huawei terpilih daripada siri Huawei Mate 20 boleh menggunakan kad memori Huawei NM ini pada slot kad SIM kedua pada peranti mereka.

Dengan saiz kad yang 45% lebih kecil berbanding kad memori microSD biasa, sebuah blog berbahasa Rusia telah menjalankan ujian penanda aras bagi melihat prestasi kad memori Huawei NM ini. Sebagaimana yang tertera pada kotak pembungkusannya, keupayaan kad memori bersaiz nano ini tidak begitu jauh berbeza dengan kad microSD Class 10 kerana menyokong kelajuan membaca sehingga 90MB/s.

Berdasarkan keputusan ujian penanda aras yang dijalankan, prestasi kad memori Huawei NM dikatakan setanding dengan kad microSD biasa. Berikut adalah skor yang dicatatkan:

  • Read speed → 74 MB/s (maksimum) / 70 MB/s (purata)
  • Write speed → 83 MB/s (maksimum) / 73 MB/s (purata)

Malah melalui percubaan untuk membuat pemindahan fail bersaiz 6.7GB pada kad memori Huawei NM, ia hanya mengambil masa sekitar 1 minit 33 saat dengan kelajuan sekitar 72 MB/s.

Buat masa ini hanya kad memori Huawei NM bersaiz 128GB sahaja ditawarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan, dan ia dijual pada harga RM298.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend