Prestasi Swafoto HONOR V30 Pro Dengan Dwi Kamera Depan Tersenarai Di Kelompok 10 Terbawah Comments Off on Prestasi Swafoto HONOR V30 Pro Dengan Dwi Kamera Depan Tersenarai Di Kelompok 10 Terbawah

HONOR V30 Pro sememangnya menarik kerana ia merupakan antara model terawal HONOR yang menampilkan sokongan dwi kamera dalam rekaan lubang kamera pada skrin.

Sungguhpun ia hadir dengan dwi kamera depan beresolusi 32MP + 8MP (Ultra Wide), DXOMARK telah memberikan skor yang agak rendah untuk prestasi kamera depan HONOR V30 Pro iaitu 76 poin. Skor ini sekaligus meletakkannya di dalam senarai 10 model telefon pintar paling bawah untuk ujian DXOMARK Selfie.

Berdasarkan ujian yang telah dijalankan, HONOR V30 Pro mencatatkan skor sebanyak 70 poin untuk keupayaan kamera statik, dan juga 85 poin untuk prestasi rakaman video.

Dalam ujian tersebut, HONOR V30 Pro dilihat mampu menghasilkan pendedahan cahaya yang baik, tetapi kejituan warna kamera depannya dilihat agak kurang menonjol. Malah efek bokeh yang dihasilkan juga agak kurang menyerlah.

Contoh hasil gambar yang diambil:

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend