Prestasi Kamera Xiaomi Mi MIX 2S Tersenarai Antara Lima Kamera Telefon Pintar Terbaik Oleh DxOMark Comments Off on Prestasi Kamera Xiaomi Mi MIX 2S Tersenarai Antara Lima Kamera Telefon Pintar Terbaik Oleh DxOMark

Berbeza dengan siri Mi MIX sebelum ini, Xiaomi nampaknya mula memfokuskan aspek keupayaan penggambaran untuk model terbarunya iaitu Mi MIX 2S yang baru sahaja dilancarkan hari ini.

Selain daripada penambahbaikan kamera dengan penyediaan dwi lensa dengan ciri 2x zum optikal, Mi MIX 2S juga menyokong saiz piksel yang lebih besar iaitu 1.4 μm, aperture f/1.8, fungsi auto fokus Dual Pixel, dan juga teknologi AI Scene Detection yang mampu mengesan 206 persekitaran penggambaran berbeza, 25 kategori efek bokeh dinamik dan juga potret berasaskan AI.

Kombinasi antara perkakasan dengan perisian kamera yang terbaik pada Mi MIX 2S ini secara tidak langsung telah berjaya menempatkannya antara lima kamera telefon pintar terbaik yang boleh anda dapati di pasaran buat masa ini. Berdasarkan ujian yang telah dijalankan oleh DxOMark, Mi MIX 2S berjaya mengumpul skor sebanyak 97 poin iaitu setanding dengan Apple iPhone X dan juga Huawei Mate 10 Pro.

 

Malah ia juga dilihat berjaya mengatasi skor yang dicatatkan oleh Apple iPhone 8 Plus dan juga Samsung Galaxy Note 8 yang mencatatkan 94 poin. DxOMark juga dilihat telah memberi pecahan skor sebanyak 101 poin untuk gambar dan 88 poin untuk rakaman video pada Mi MIX 2S. Manakala Apple iPhone X pula menerima 101 poin untuk gambar dan 89 poin untuk rakaman video.

Hasil gambar yang diambil menggunakan Xiaomi Mi MIX 2S:

Efek bokeh dinamik yang disokong oleh Xiaomi Mi MIX 2S:

↑ Portrait AI dengan efek bokeh swirl.

↑ Portrait AI dengan efek bokeh animated lighting.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend