Premis Sorok 223,000 Topeng Muka Untuk Jualan Atas Talian Pada Harga Lebih Mahal Diserbu KPDNHEP Comments Off on Premis Sorok 223,000 Topeng Muka Untuk Jualan Atas Talian Pada Harga Lebih Mahal Diserbu KPDNHEP

Sepasukan pegawai Penguatkuasaan dari Seksyen Taktikal & Serbuan KPDNHEP Putrajaya telah membuat serbuan di sebuah premis di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Hasil serbuan dan pemeriksaan ke atas premis tersebut, menemukan sejumlah 223,000 unit topeng muka 3 lapis yang disorok untuk dijual secara tersembunyi kepada pelanggan atas talian dengan harga lebih tinggi iaitu RM3.50 seunit, berbanding harga maksimum yang ditetapkan iaitu RM2 seunit.

Nilai rampasan bagi kesemua topeng muka yang dirampas adalah dianggarkan berjumlah RM446,000. Operasi ini dijalankan hasil daripada maklumat yang diterima daripada orang awam berkaitan penjualan topeng muka yang melebihi harga maksimum kawalan.

Suspek menggunakan laman sosial Facebook untuk mengiklan penjualan topeng muka, dan kaedah penjualan adalah melalui pesanan aplikasi WhatsApp. Barang akan dihantar melalui pos atau melalui kaedah Cash On Delivery (COD) di sekitar kawasan Kota Damansara Petaling Jaya.

kredit gambar: BH Online

Sekiranya suspek didapati melakukan kesalahan, suspek akan didakwa di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011), dan jika disabitkan kesalahan yang boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau RM100,000 untuk orang persendirian, atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengguna boleh menyalurkan maklumat kepada Kementerian ini dengan melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan melalui hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088/ 6245 di Enforcement Command Centre (ECC) atau di https://e-aduan.kpdnhep.gov.my.

sumber: Twitter/mykpdnhep

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend