Pra-Tempahan Siri Galaxy S10 Dibuka Pada Harga Bermula RM2,699 Hingga RM4,599 Comments Off on Pra-Tempahan Siri Galaxy S10 Dibuka Pada Harga Bermula RM2,699 Hingga RM4,599 353

Samsung Galaxy S10, S10+, dan S10e telah dilancarkan secara global awal pagi tadi. Menariknya, ketiga-tiga peranti tersebut boleh ditempah lebih awal oleh orang ramai bermula esok, 22 hingga 28 Februari 2019 .

Kempen pra-tempah siri Galaxy S10 kali ini agak menarik kerana Samsung Malaysia dilihat menawarkan hadiah seperti jam tangan pintar dan fon telinga secara percuma bersama hadiah sampingan.

Pakej tempahan:

  • Galaxy S10e: Galaxy Buds + Pelindung skrin bernilai RM639.
  • Galaxy S10 atau S10+: Galaxy Tab A 7.0 + Galaxy Buds + Pelindung skrin bernilai RM1,289.
  • Galaxy S10+ (512GB): Galaxy Watch 42mm + Pelindung skrin (Plus) bernilai RM1,479.

Harga peranti:

  • Galaxy S10e (128GB): RM2,699
  • Galaxy S10 (128GB): RM3,299
  • Galaxy S10+ (128GB): RM3,699
  • Galaxy S10+ (512GB): RM4,599

Bagi yang berminat untuk mendapatkan peranti sama ada Galaxy S10e, S10, atau S10+, ini adalah peluang keemasan bagi anda untuk mendapatkan hadiah bernilai sehingga RM1,479. Pra-tempahan boleh dibuat di mana-mana Samsung Experience Store seluruh Malaysia hingga 28 Februari 2019. Difahamkan, hadiah yang ditawarkan adalah terhad selagi stok masih ada.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend