Pra-Tempah Wiko View2 Pro Berharga RM999 Di 11street Dan Miliki Hadiah Percuma Bernilai RM318 – 30 Mei Hingga 11 Jun 2018 Comments Off on Pra-Tempah Wiko View2 Pro Berharga RM999 Di 11street Dan Miliki Hadiah Percuma Bernilai RM318 – 30 Mei Hingga 11 Jun 2018

11street selaku salah satu daripada platform membeli-belah atas talian terbesar di Malaysia, hari ini telah bekerjasama dengan pengeluar telefon pintar dari Perancis iaitu Wiko untuk menawarkan model Wiko View2 Pro yang baru sahaja dilancarkan dalam acara MWC 2018 pada Februari yang lalu.

Bermula dari hari ini (30 Mei 2018) hingga 11 Jun 2018 nanti, pelanggan boleh membuat pra-tempah eksklusif untuk memiliki Wiko View2 Pro yang dijual pada harga RM999. Setiap pra-tempah yang dibuat akan turut menerima kotak hadiah bernilai RM318 secara percuma iaitu WiShake (fon kepala Wiko)powerbank 15000 mAh, dan pemacu USB OTG.

Wiko View2 Pro hadir dengan paparan skrin 19:9 berukuran 6.0 inci HD+ (1528 x 720 piksel), dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo, dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 450, ruang storan 64GB, RAM 4GB, dwi kamera utama Sony IMX499 beresolusi 16 Megapiksel (f/1.75), kamera hadapan 16 Megapiksel (f/2.0), dan juga bateri berkapasiti 3000 mAh.

Pra-tempah Wiko View2 Pro hari ini: http://www.11street.my/store/wiko

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend