Pra-Tempah Vivo Y17 Dibuka Bermula 4 Hingga 10 Mei 2019 Pada Harga RM999 – 6 Bulan Jaminan Waranti Tambahan Comments Off on Pra-Tempah Vivo Y17 Dibuka Bermula 4 Hingga 10 Mei 2019 Pada Harga RM999 – 6 Bulan Jaminan Waranti Tambahan

Vivo Y17 baru sahaja dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global pada hujung bulan April yang lalu, dan kini peminat jenama Vivo sudah boleh membuat pra-tempah model tersebut bermula hari ini (4 April 2019) hingga 10 Mei 2019 nanti. Dijual pada harga RM999, Vivo Y17 akan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Mineral Blue dan juga Mystic Purple.

Pelanggan yang membuat pra-tempah Vivo Y17 untuk tempoh yang dinyatakan akan turut menerima speaker Bluetooth secara percuma, dan juga 6 bulan jaminan waranti tambahan yang turut tersedia dengan perlindungan skrin retak. Walau bagaimanapun tawaran hebat ini akan ditawarkan selagi stok masih ada sahaja.

Vivo Y17 dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio P35, memori 4GB + 128GB, skrin IPS LCD HD+ berukuran 6.35 inci, kamera depan 20MP (f/2.0), tiga kamera utama beresolusi 13MP (f/2.2) + 8MP (f/2.2, Wide Angle) + 2MP (Depth sensor), bateri 5000 mAh dengan pengecasan pantas 18W, dan disediakan dengan mod permainan Ultra Game Mode.

Baca juga:

Vivo Y17 Diperkenalkan Dengan Helio P35, Tiga Kamera, Bateri 5000 mAh dan Pengecasan 18W

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend