Pra-Tempah Vivo V9 Kini Sudah Boleh Dibuat Di Malaysia Dengan Rebat Tunai Mencecah Sehingga RM1,000 Comments Off on Pra-Tempah Vivo V9 Kini Sudah Boleh Dibuat Di Malaysia Dengan Rebat Tunai Mencecah Sehingga RM1,000

vivo Malaysia akan melancarkan model terbarunya yang paling dinanti-nantikan iaitu model vivo V9 pada minggu hadapan (26 Mac 2018). Walaupun vivo V9 ini masih belum dilancarkan secara rasmi, peminat model ini sudah boleh membuat pra-tempah bermula hari ini melalui salah satu pengedar terbesar di Malaysia iaitu SatuGadget.

Pembeli yang berminat boleh membuat pra-tempah vivo V9 melalui SatuGadget dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM100 sahaja, dan bayaran penuh boleh dibuat apabila mereka datang ke PGRM untuk mengambil peranti berkenaan. Pembeli yang datang untuk mengambil vivo V9 yang telah dipra-tempah di PGRM pada 30 Mac nanti akan turut menerima hadiah percuma menarik seperti berikut :

  • 20x beg bagasi (untuk 20 pembeli terawal)
  • Pek hadiah premium vivo V9 (Headset, Selfie Stick, iRing)
  • T-shirt edisi terhad vivo V9
  • Botol air edisi terhad vivo V9
  • Jaminan waranti tambahan selama 6 bulan
  • Kad keahlian SatuGadget
  • Beg NIKE
  • Servis cetakan gambar percuma

Lebih menariknya, pembeli yang datang pada malam pelancaran vivo V9 di SatuGadget itu juga turut berpeluang untuk memenangi satu cabutan bertuah bagi mendapatkan rebat tunai mencecah sehingga RM1,000. Ini bermakna mereka hanya perlu membayar RM499 untuk memiliki vivo V9 yang telah dipra-tempah sebelum ini.

Bagi pembeli pra-tempah yang datang mengambil vivo V9 mereka selepas 30 Mac akan turut menerima hadiah percuma menarik seperti berikut :

  • Pek hadiah premium vivo V9 (Headset, Selfie Stick, iRing)
  • Botol air edisi terhad vivo V9
  • T-shirt edisi terhad vivo V9
  • Jaminan waranti tambahan selama 6 bulan

Pra-tempah vivo V9 anda sekarang : SatuGadget

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend