Pra-Tempah Vivo V9 Di Senheng Atau SenQ Dan Nikmati Waranti Tambahan Serta Gantian Skrin Retak Percuma Comments Off on Pra-Tempah Vivo V9 Di Senheng Atau SenQ Dan Nikmati Waranti Tambahan Serta Gantian Skrin Retak Percuma

Hari ini vivo Malaysia akan melancarkan model yang paling dinanti-nantikan iaitu model vivo V9 untuk pasaran tempatan. Nampaknya anda yang berminat untuk memiliki model ini sudah boleh berbuat demikian dengan membuat pra-tempah vivo V9 melalui mana-mana pengedar sah Senheng atau SenQ mulai hari ini (26 Mac) hingga 30 Mac 2018 nanti.

Apa yang menariknya, 200 pembeli pertama yang membuat pra-tempah vivo V9 di Senheng dan SenQ akan berpeluang untuk menikmati pelbagai ganjaran menarik termasuklah hadiah premium percuma, jaminan waranti tambahan selama satu tahun, waranti gantian skrin retak secara percuma untuk tahun pertama, pelan pembayaran ansuran sehingga 24 bulan, dan juga 4%Credit Rebate apabila berdaftar dengan bayaran ansuran AEON.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend