Pra-Tempah Vivo V15 Pro Dan Terima Dron Berjenama Serta 5 Hadiah Lain Comments Off on Pra-Tempah Vivo V15 Pro Dan Terima Dron Berjenama Serta 5 Hadiah Lain 693

Bagi menyambut kedatangan Vivo V15 Pro ke Malaysia, Satu Gadget Dot Com telahpun membuka sesi pra-tempah peranti kepada orang ramai. Antara hadiah yang ditawarkan adalah dron, beg bagasi, dan pengering rambut serta hadiah sampingan bernilai sehingga RM999. Tetapi ada syarat yang dikenakan.

Seramai 20 pembeli terawal yang beratur untuk mengutip peranti mereka pada 1 Mac 2019 akan menerima dron berjenama. Manakala pembeli dari 21 hingga 40 pula akan menerima beg bagasi, sementara pembeli dari 41 hingga 60 pula akan membawa pulang pengering rambut berjenama.

Satu Gadget Dot Com turut menawarkan hadiah sampingan berupa sarung pelindung peranti, kotak hadiah, serta jaminan skrin retak selama enam bulan. Selain daripada itu, pembeli turut menerima kemeja-T (ber-cop Vivo) dan hadiah misteri semasa membuat kutipan peranti nanti. Difahamkan, Vivo V15 Pro boleh ditempah awal dengan bayaran deposit sebanyak RM200 atau ke RM300.

Vivo V15 Pro merupakan telefon pintar yang dilengkapi kamera depan pop-up 32MP dan menyediakan kamera belakang 48MP+8MP+5MP untuk pengalaman fotografi yang lebih menarik. Harga jualan di Malaysia pula masih belum diumumkan memandangkan ia masih lagi belum dilancarkan secara rasmi. Bagaimanapun, kami ada terima informasi berkaitan harga peranti yang akan dijual tidak lama lagi menerusi artikel sebelum ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend