Pra-Tempah Vivo V15 Pada 16 Hingga 22 Mac Dan Dapatkan Kotak Hadiah Bernilai RM299 Comments Off on Pra-Tempah Vivo V15 Pada 16 Hingga 22 Mac Dan Dapatkan Kotak Hadiah Bernilai RM299 375

Vivo V15 Pro sebelum ini telahpun dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 26 Februari yang lalu, dan semalam Vivo Malaysia telah mengesahkan akan menawarkan satu lagi varian untuk siri ini dengan kehadiran Vivo V15 yang akan dibawa masuk ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Menariknya hari ini Vivo Malaysia telah mengumumkan sesi pra-tempah model Vivo V15 yang akan bermula pada 16 hingga 22 Mac 2019 nanti. Lebih istimewanya, setiap unit yang telah dipra-tempah akan turut menerima kotak hadiah bernilai RM299 yang mengandungi pemegang telefon, fon kepala Bluetooth, dan juga 6 bulan perlindungan skrin.

Walau bagaimanapun, harga dan tarikh jualan Vivo V15 masih lagi belum diumumkan secara rasmi. Apa yang pasti harga jualannya sudah tentunya lebih berbanding Vivo V15 Pro yang sudahpun mula dijual pada harga RM1,799.

Spesifikasi Vivo V15:

  • Funtouch OS 9.0 (Android 9.0 Pie)
  • MediaTek Helio P70
  • 6GB + 128GB (microSD sehingga 256GB)
  • 6.53 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Corning Gorilla Glass 5
  • Kamera depan: 32MP
  • Kamera utama: 12MP (24MP photosensitive unit) + 8MP (Ultra Wide) + 5MP (Depth sensor)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth v4.2, microUSB
  • 4000 mAh (Dual-Engine Fast Charging)
  • Pilihan warna: Topaz Blue, Glamour Red

Baca juga:

Vivo V15 Akan Mula Dijual Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Vivo V15 Pro Dengan Kamera Pop-up Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,799

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend