Pra-Tempah Vivo S1 Berharga RM1,099 Kini Sudah Dibuka, Akan Dijual Secara Rasmi Bermula 27 Julai Comments Off on Pra-Tempah Vivo S1 Berharga RM1,099 Kini Sudah Dibuka, Akan Dijual Secara Rasmi Bermula 27 Julai 625

Sebagaimana yang telah kami dedahkan sebelum ini, ternyata harga jualan rasmi untuk model Vivo S1 yang didedahkan sebelum ini adalah tepat iaitu RM1,099. Hadir dengan menggunakan slogan ‘Unlock Your Style’, Vivo Malaysia hari ini telah mengumumkan ketersediaan pra-tempah model tersebut bermula hari ini (20 Julai) hingga 26 Julai 2019 nanti.

Bagi yang berminat untuk memiliki Vivo S1, anda hanya perlu membayar RM50 untuk membuat pra-tempah di mana-mana cawangan Vivo Store yang sah di seluruh negara, dan anda akan menerima rebat segera bernilai RM100. Pembeli yang membuat pra-tempah juga akan turut menerima kotak hadiah eksklusif bernilai RM99 yang mengandungi Vshare K1 Bluetooth Speaker.

Anda juga boleh membuat pra-tempah secara dalam talian melalui pelbagai platform e-dagang popular iaitu di Lazada, Shopee, Presto Mall dan juga Vivo store. Menariknya setiap pra-tempah yang dibuat secara dalam talian akan turut menerima kotak hadiah eksklusif bernilai RM149 yang mengandungi hadiah misteri.

Vivo S1 tersedia dengan sokongan tiga kamera utama, kamera depan 32MP, bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas, dan teknologi pengimbas cap jari dalam skrin ini akan tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Diamond Black dan Skyline Blue. Ia akan dilancarkan secara rasmi pada 24 Julai 2019 nanti.

Baca juga:

Vivo S1 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 24 Julai 2019, Harga Dijangka RM1,099

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend