Pra-Tempah vivo NEX Untuk Dapatkan Hadiah Bernilai RM399! Comments Off on Pra-Tempah vivo NEX Untuk Dapatkan Hadiah Bernilai RM399!

Semalam kita dah melihat pelancaran vivo NEX di Malaysia. Ramai juga yang minat pada peranti ini, mana tidaknya rekaan unik kamera depan yang boleh disembunyi menjadikan ia sebuah telefon pintar inovasi buat masa kini.

Daripada segi harga, ia dijual pada harga RM2,799 dengan spesifikasi 8GB RAM dan 128GB storan. Peranti ini akan mula dijual pada 28 Julai 2018, bagaimanapun anda boleh membuat pra-tempahan sebelum tarikh ia mula dijual.

 

Sehubungan dengan itu, Satu Gadget selaku pengedar telefon pintar terbesar di Malaysia telah mengadakan promosi pra-tempah menawarkan hadiah menarik. Bermula sekarang hingga 27 Julai 2018, setiap tempahan vivo NEX akan menerima kotak misteri bernilai RM399.

Jadi, bagi yang ingin mendapatkan hadiah yang tidak ada di kedai-kedai lain, anda boleh terus ke kedai konsep vivo di Menara PGRM, Cheras atau layari stor dalam talian hari ini.

Pra-Tempah: vivo NEX

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend