Pra-Tempah Sony Xperia XZ2 Kini Dilanjutkan Sehingga 8 April 2018 – Menawarkan Hadiah Eksklusif Bernilai RM1088 Comments Off on Pra-Tempah Sony Xperia XZ2 Kini Dilanjutkan Sehingga 8 April 2018 – Menawarkan Hadiah Eksklusif Bernilai RM1088

Sony Malaysia sebelum ini telah melancarkan model Xperia XZ2 dan juga Xperia XZ2 Compact untuk pasaran tempatan secara rasmi pada 22 Mac yang lalu. Xperia ZX2 dan juga Xperia XZ2 Compact yang masing-masing akan dijual pada harga RM3299 dan RM2,899 ini akan mula berada di pasaran bermula pertengahan April 2018.

Jika sebelum ini pra-tempah untuk model Xperia XZ2 sudahpun bermula dari 23 Mac sehingga 4 April 2018, hari ini Sony Malaysia telah melanjutkan tempoh pra-tempah untuk model itu untuk 4 hari lagi iaitu akan berakhir pada 8 April 2018 nanti. Selain boleh ditempah terus di semua Sony Store, Sony Centres, dan juga kedai pengedar sah yang terpilih, pengguna juga boleh membuat pra-tempah Xperia XZ2 ini secara atas talian di 11street.

Setiap pra-tempah yang dibuat akan turut menerima hadiah eksklusif bernilai RM1088 secara percuma seperti berikut :

Hadiah eksklusif untuk setiap pra-tempah Sony Xperia XZ2:
· Sony ZX770BN Wireless Noise Cancelling Headphones
· Hardshell Premium backpack
· Sony Exclusive Touch n Go Card (RM100 pre-loaded)
· Phone Case
· Screen Protector

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend