Pra-tempah Siri Samsung Galaxy S20 Dengan Pakej U Mobile Unlimited HERO Pada Harga Bermula RM2,099 Comments Off on Pra-tempah Siri Samsung Galaxy S20 Dengan Pakej U Mobile Unlimited HERO Pada Harga Bermula RM2,099

Bermula hari ini (20 Februari 2020) hingga 26 Februari 2020, U Mobile telahpun mengumumkan pembukaan pra-tempah untuk anda memiliki Samsung Galaxy S20, Galaxy S20+ dan juga Galaxy S20 Ultra pada harga yang lebih kompetitif.

Pembelian mana-mana model daripada siri Samsung Galaxy S20 ini melalui U Mobile akan turut menerima Samsung Galaxy Buds bernilai RM599 secara percuma. Pengguna yang membuat pra-tempah siri Galaxy S20 ini akan menerima peranti tersebut bermula 4 Mac 2020 nanti.

Terdapat dua pilihan pelan boleh dipilih iaitu Unlimited HERO P99 ataupun Unlimited HERO P139, yang mana kedua-duanya didatangkan dengan data Internet tanpa had (tiada sekatan kelajuan) dan juga panggilan percuma ke semua rangkaian.

Selain daripada harga peranti yang lebih kompetitif, pengguna U Mobile sedia ada yang layak tidak perlu membuat bayaran pendahuluan ketika pendaftaran.

Manakala bagi pengguna baharu atau pengguna sedia ada yang tidak layak pula perlu membayar bayaran pendahuluan yang ditetapkan iaitu RM720 (Unlimited HERO P99) dan RM1,056 (Unlimited HERO P139). Bayaran pendahuluan itu akan dikreditkan semula ke dalam bil untuk tempoh 24 bulan.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend