Pra-Tempah Siri iPhone 11 Di Shopee Untuk Menerimanya 10 Jam Lebih Awal Berbanding Jualan Rasminya Comments Off on Pra-Tempah Siri iPhone 11 Di Shopee Untuk Menerimanya 10 Jam Lebih Awal Berbanding Jualan Rasminya 147

Apple telahpun mengesahkan bahawa siri iPhone 11 akan mula dijual secara rasmi di negara ini bermula minggu depan iaitu 27 September 2019. Jadi sekiranya anda ingin menjadi antara yang terawal untuk memilikinya, Shopee kini telahpun membuka sesi pra-tempah untuk siri iPhone 11 yang dijual pada harga bermula daripada RM3,399 bermula hari ini (18 September 2019) hingga 27 September 2019 (selagi stok masih ada).

iPhone 11 ditawarkan pada harga bermula daripada RM3,399 untuk varian 64GB, dan setiap pra-tempah di Shopee akan turut menerima jaminan waranti 1 tahun daripada Apple.

Apa yang lebih istimewanya, setiap unit iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max yang telah dipra-tempah di platform ini akan boleh diambil 10 jam lebih awal berbanding masa jualan rasminya. Pengambilan siri iPhone 11 boleh dibuat melalui ibu pejabat Shopee Malaysia yang terletak di Southpoint Tower, Mid Valley, bermula 27 September 2019 antara jam 12 tengah malam hingga 2 pagi.

Selain itu pengguna yang telah membuat pra-tempah siri iPhone 11 ini juga boleh memilih untuk menerimanya melalui penghantaran terus ke rumah atau pejabat bermula 27 September 2019.

Menariknya setiap siri iPhone 11 yang dipra-tempah di Shopee akan turut menerima pulangan tunai Shopee Coins bernilai RM150 melalui penggunaan kod baucar IP11COIN apabila checkout. Manakala 50 pembeli terawal akan turut menerima Remax Wireless Charger bernilai RM100 secara percuma.

  • Pra-tempah iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max secara eksklusif di Shopee
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend