Pra-Tempah Siri Huawei MateBook Habis Terjual Dan Kini Anda Boleh Terus Memilikinya Di Jerayawara Pada Hujung Minggu Ini 0 276

Huawei hari ini telah mengumumkan bahawa pra-tempah untuk siri Huawei MateBook telah habis dijual dalam tempoh empat hari yang berlangsung pada 19 hingga 22 Oktober yang lepas. Apa yang menariknya, Huawei turut mendedahkan bahawa sambutan terhadap MateBook X Pro telah mengatasi unit jualan untuk MateBook D walaupun harga jualannya adalah lebih tinggi.

Huawei MateBook D

Kejayaan ini turut berjaya dicapai berikutan pengguna yang membuat pra-tempah siri MateBook di Malaysia turut menerima hadiah percuma yang lebih premium bernilai lebih RM1,000 iaitu beg galas Huawei, tetikus tanpa wayar Huawei, sarung pelindung kulit, dan juga langganan Microsoft Office Home 365 secara percuma untuk tempoh satu tahun.

Jika anda terlepas peluang untuk membuat pembelian melalui pra-tempah, kini anda boleh terus memilikinya dengan mengunjungi jerayawara yang akan diadakan pada hujung minggu ini (27 hingga 28 Oktober 2018). Bermula jam 9 pagi, anda boleh ke Pavilion Kuala Lumpur untuk membeli siri Huawei MateBook ini dan 30 pembeli terawal akan menerima Huawei ANC Wired Earpiece bernilai RM295 secara percuma.

Manakala hadiah yang sama akan turut ditawarkan kepada 10 pembeli terawal yang memiliki siri Huawei MateBook di Queensbay Mall (Pulau Pinang) dan AEON Bandar Dato’ Onn (Johor Bahru).

Klik untuk lihat spesifikasi penuh siri Huawei MateBook:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend