Pra-Tempah Siri Huawei Mate 20 Boleh Dibuat Sehari Selepas Pelancaran Rasminya Comments Off on Pra-Tempah Siri Huawei Mate 20 Boleh Dibuat Sehari Selepas Pelancaran Rasminya

Seperti yang telah kita ketahui, siri Huawei Mate 20 akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Oktober di London. Selepas pelbagai ketirisan telah berjaya dirungkai tentang Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro, kini pihak Huawei sendiri telah mengesahkan bahawa kedua-dua model itu sudah boleh dipra-tempah sehari selepas ianya dilancarkan.

Berdasarkan perkongsian di laman rasminya, sesi pra-tempah siri Mate 20 sudah boleh dibuat pada 17 Oktober 2018 bermula jam 10.08pagi. Walaupun tidak didedahkan negara mana yang boleh membuat pra-tempah itu, kami menjangkakan China sebagai negara pertama yang akan menerima dan diikuti dengan lebih banyak negara tidak lama lagi.

Ketirisan poster Huawei Mate 20 jelas memfokuskan tiga ciri utama iaitu lensa sudut luas, penggambaran super makro, dan juga teknologi pengecasan pantas 40W.

Miliki peranti flagship daripada Huawei :

Tonton majlis pelancaran siri Huawei Mate 20 secara langsung:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend