Pra-Tempah Samsung Galaxy Watch Dan Miliki Tali Jam Bernilai RM109 Secara Percuma – 1 Hingga 4 Oktober 2018 Comments Off on Pra-Tempah Samsung Galaxy Watch Dan Miliki Tali Jam Bernilai RM109 Secara Percuma – 1 Hingga 4 Oktober 2018

Serentak dengan pelancaran Galaxy Note 9, Samsung juga turut mengumumkan kemunculan satu lagi produk terbaharunya dengan kemunculan Galaxy Watch. Selepas beberapa bulan ia diumumkan, kini pengguna di Malaysia sudah boleh membuat pra-tempah jam tangan pintar ini bermula hari ini (1 Oktober) hingga 4 Oktober 2018 (Khamis) nanti.

 

Sepanjang tempoh ini, pengguna yang membuat pra-tempah Samsung Galaxy Watch akan turut menerima tali jam bernilai RM109 secara percuma. Untuk setiap pra-tempah Galaxy Watch bersaiz 46mm, terdapat dua warna tali jam akan ditawarkan iaitu Brown atau Navy Blue. Manakala pra-tempah Galaxy Watch bersaiz 42mm pula akan menerima tali jam berwarna Tan untuk muka jam Midnight Black dan juga warna Phonebox untuk muka jam Rose Gold.

Bagi yang berminat, anda boleh membuat pra-tempah Samsung Galaxy Watch dengan promosi menarik ini secara eksklusif di Samsung e-Store bermula hari ini. Galaxy Watch akan mula dijual di pasaran tempatan bermula 5 Oktober 2018 nanti. Samsung Galaxy Watch bersaiz 46mm (Silver) akan dijual pada harga RM1,199, dan saiz 42mm (Midnight Black, Rose Gold) boleh dimiliki pada harga RM1,199.

Spesifikasi:

  • Tizen OS 4.0
  • Exynos 9110 (Dua teras 1.15 GHz)
  • RAM 768MB + ROM 4GB
  • 1.3 inci (46mm) / 1.2 inci (42mm) Super AMOLED 360 x 360 piksel
  • Corning Gorilla Glass DX+
  • Kalis air sehingga 50 meter (5 ATM)
  • MIL-STD-810G
  • 46 x 49 x 13mm, 63g (46mm) / 41.9 x 45.7 x 12.7mm, 49g (42mm)
  • 472 mAh (46mm) / 270 mAh (42mm)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend