Pra-Tempah Samsung Galaxy Note 9 Varian 512GB Dan Miliki Vakum Samsung POWERstick – 21 Hingga 23 September 2018 Comments Off on Pra-Tempah Samsung Galaxy Note 9 Varian 512GB Dan Miliki Vakum Samsung POWERstick – 21 Hingga 23 September 2018

Bermula 21 hingga 23 September 2018 nanti, Samsung Malaysia telah mengadakan sesi pra-tempah esksklusif Samsung Galaxy Note 9 dalam varian 8GB + 512GB. Ditawarkan pada harga RM4599, promosi Galaxy Note 9 dalam varian 512GB ini akan ditawarkan dalam satu warna pilihan sahaja iaitu Ocean Blue.

Bagi meraikan ketibaan varian ini, Samsung Malaysia Electronics turut mengumumkan promosi istimewa bagi pembeli yang telah membuat pra-tempah dalam tempoh tiga hari tersebut. Dalam tempoh tersebut, setiap pembeli perlu membuat pembayaran deposit sebanyak RM300 bagi melayakkan mereka untuk menerima vakum Samsung POWERstick bernilai RM889 secara percuma.

Selain membuat pra-tempah di Samsung, promosi pra-tempah ini turut tersedia di Senheng, SenQ, Harvey Norman, dan juga Lazada. Untuk maklumat lanjut berhubung promosi pra-tempah ini, sila layari www.samsung.com/my/note9preorder.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend