Pra-Tempah Samsung Galaxy A51, A71, S10 Lite Dan Note10 Lite Kini Dibuka Sehingga 5 Februari 2020 Comments Off on Pra-Tempah Samsung Galaxy A51, A71, S10 Lite Dan Note10 Lite Kini Dibuka Sehingga 5 Februari 2020

Bermula hari ini (3 Februari 2020) sehingga 5 Februari 2020, Samsung Malaysia telah memulakan ketersediaan pra-tempah untuk empat model terbaharunya untuk pasaran tempatan iaitu Galaxy A51, Galaxy A71, Galaxy S10 Lite dan juga Galaxy Note10 Lite.

Setiap pra-tempah Galaxy S10 Lite dan Note10 Lite akan turut menerima Samsung Galaxy Fit bernilai RM369 secara percuma. Manakala pra-tempah Galaxy A51 dan Galaxy A71 pula layak menerima program ‘Protection Plus’ yang merangkumi jaminan waranti tambahan 1 tahun dan juga perlindungan skrin 1 kali bernilai RM185 secara percuma.

Unit yang telah dipra-tempah boleh diambil bermula 7 Februari 2020 (Jumaat) sehingga 23 Februari 2020 (Ahad) bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Harga jualan:

  • Samsung Galaxy Note10 Lite (RM2,299) – Aura Glow, Aura Black, Aura Red
  • Samsung Galaxy S10 (RM2,699) – Prism White, Prism Black, Prism Blue
  • Samsung Galaxy A51 (RM1,299) – Prism Crush Blue, Prism Crush Black, Prism Crush White
  • Samsung Galaxy A71 (RM1,799) – Prism Crush Silver, Prism Crush Black, Prism Crush Blue

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.samsung.com/my/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend