Pra-tempah OPPO Reno 10x Zoom 12GB RAM Di The Gardens Mall Dan Miliki Hadiah Bernilai RM1,446 Comments Off on Pra-tempah OPPO Reno 10x Zoom 12GB RAM Di The Gardens Mall Dan Miliki Hadiah Bernilai RM1,446 97

Seperti yang telah kami kongsikan sebelum ini, OPPO Malaysia kini telah mengumumkan ketersediaan pra-tempah OPPO Reno 10x Zoom 12GB RAM Special Edition bermula 25 November hingga 6 Disember 2019 nanti.

Istimewa untuk pengguna yang membuat pra-tempah peranti edisi istimewa ini pada 25 November hingga 29 November 2019, mereka akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM1,446. Pemberian hadiah percuma ini akan diterima pada hari pengambilan OPPO Reno 10x Zoom 12GB RAM Special Edition pada 30 November 2019. Serentak dengan pelancaran OPPO Flagship Store di The Gardens Mall.

This slideshow requires JavaScript.

Hadiah percuma untuk pra-tempah sehingga 29 November 2019:

  • FujiFilm Instax Mini printer (RM548)
  • Enco Q1 (RM599)
  • VOOC Powerbank (RM299)

Manakala untuk setiap pra-tempah yang dibuat pada 1 hingga 6 Disember 2019, pelanggan akan menerima FujiFilm Instax Mini printer bernilai RM548, dan ia boleh diambil di mana-mana OPPO Concept Store.

OPPO Flagship Store akan dibuka secara rasmi di The Gardens Mall pada 30 November dengan ‘konsep reka bentuk humanistik’ yang inovatif. Pembukaan OPPO Flagship Store yang pertama di negara ini juga merupakan sebahagian daripada usaha OPPO untuk memacu pendigitalan pasaran Malaysia.

Baca juga:

OPPO Flagship Store Yang Pertama Di Malaysia Akan Dibuka Di The Gardens Mall, KL

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend