Pra-Tempah OPPO R15 Pro Dengan Snapdragon 660 Dan Dwi Kamera AI Dibuka Mulai Hari Ini Hingga 31 Mei 2018 Comments Off on Pra-Tempah OPPO R15 Pro Dengan Snapdragon 660 Dan Dwi Kamera AI Dibuka Mulai Hari Ini Hingga 31 Mei 2018

Akhirnya OPPO Malaysia telah mengumumkan kehadiran model terbarunya iaitu OPPO R15 Pro di negara ini secara rasmi di dalam majlis pelancaran yang berlangsung semalam. Majlis ini turut disertai oleh telco tempatan pertama iaitu Celcom yang akan turut menawarkan model terbaru OPPO ini pada hari pertama jualannya pada 1 Jun 2018 nanti.

OPPO R15 Pro menyokong paparan skrin FullView Display dengan takuk berukuran 6.28 inci.

Dengan harga RM2,399, pra-tempah OPPO R15 Pro sudah boleh dibuat bermula hari ini (25 Mei 2018) hingga 31 Mei 2018 di OPPO Concept Store, Celcom ataupun kedai rantaian rakan kongsi OPPO seperti Senheng dan juga SenQ. Selain itu, pengguna yang berminat untuk memiliki model ini juga boleh membuat tempahan atas talian di laman rasmi OPPO serta platform online termasuklah Shopee, Lazada, dan 11street.

Dua warna menarik boleh dipilih iaitu Ruby Red dan Cosmic Purple.

Setiap pra-tempah OPPO R15 Pro yang dibuat akan turut menerima hadiah percuma yang boleh ditebus pada hari pertama jualan sahaja. Sekiranya anda ingin menjadi yang terawal memilikinya, ia boleh dibeli di OPPO Flagship Store di KLCC bermula 29 Mei 2018 dan hadiah percuma juga boleh terus ditebus pada hari yang sama.

Celcom turut menawarkan jualan OPPO R15 Pro dengan komitmen bulanan serendah RM42 sebulan.

Spesifikasi OPPO R15 Pro:

  • 6.28 inci FHD+ (2280 x 1080 piksel)
  • Nisbah paparan 19:9
  • ColorOS 5.0 (Android 8.1 Oreo)
  • Qualcomm Snapdragon 660
  • 128GB + RAM 6GB
  • 16 Megapiksel (f/1.7) + 20 Megapiksel (f/1.7)
  • 20 Megapiksel (f/2.0)
  • 3430 mAh
  • Teknologi pengecasan pantas Flash VOOC (5V4A)
  • Cosmic Purple, Rube Red
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend