Pra-Tempah OPPO R15 Pro Bermula Dari 25 Mei Hingga 31 Mei 2018 Comments Off on Pra-Tempah OPPO R15 Pro Bermula Dari 25 Mei Hingga 31 Mei 2018

Seperti yang telah kami kongsikan sebelum ini, OPPO Malaysia akan melancarkan model terbarunya iaitu OPPO R15 Pro untuk pasaran tempatan pada 24 Mei 2018 (Khamis) ini dan ia akan mula dijual di pasaran bermula 1 Jun nanti. Jadi bagi memastikan anda tidak terlepas peluang untuk memilikinya, OPPO Malaysia telah mengumumkan sesi pra-tempah yang akan bermula dari 25 Mei hingga 31 Mei 2018 nanti.

Bagi yang berminat untuk membuat pra-tempah OPPO R15 Pro, anda boleh berbuat demikian melalui saluran atas talian di OPPO store, Lazada, Shopee, dan juga 11street. Selain itu, pra-tempah juga boleh dibuat melalui mana-mana cawangan kedai konsep OPPO dan juga kedai Celcom Blue Cube. Setiap pra-tempah yang dibuat akan turut menerima hadiah percuma yang terhad.

OPPO KLCC Flagship Store

Lebih menariknya, anda boleh memiliki OPPO R15 Pro sehari lebih awal iaitu pada 29 Mei 2018 ini dengan membelinya di OPPO Flagship Store di KLCC. 100 pelanggan pertama yang membuat pembelian pada hari tersebut akan turut menerima pelbagai hadiah menarik. Jadi bagi mengetahui harga jualan model terbaru dari OPPO ini, nantikan pendedahannya dari kami pada 24 Mei 2018 nanti.

Spesifikasi OPPO R15 Pro:

  • ColorOS 5.0 (berasaskan Android 8.1 Oreo)
  • Qualcomm Snapdragon 660 (4x 2.2 GHz Kryo 260 + 4x 1.8 GHz Kryo 260)
  • 6.28 inci OLED Super View FHD+ (2280 x 1080 piksel)
  • Nisbah paparan 19:9
  • 128GB + RAM 6GB (microSD sehingga 256GB)
  • 156.5 x 75.2 x 8.0mm / 180g
  • Kamera utama: 20 Megapiksel (f/1.7) + 16 Megapiksel (f/1.7)
  • Kamera hadapan: 20 Megapiksel (f/2.0)
  • 3430 mAh
  • VOOC Flash Charge (5V4A)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend