Pra-Tempah OPPO Find X Di Lazada Mulai 15 Julai Hingga 17 Julai 2018 Dengan Pembelian E-Baucar Bernilai RM100 Comments Off on Pra-Tempah OPPO Find X Di Lazada Mulai 15 Julai Hingga 17 Julai 2018 Dengan Pembelian E-Baucar Bernilai RM100

OPPO dengan kerjasama rakan niaga e-dagang popular di Malaysia iaitu Lazada, hari ini telah mengumumkan tarikh pra-tempah model yang paling dinanti-nantikan iaitu OPPO Find X yang akan bermula pada 15 Julai hingga 17 Julai 2018 nanti.

Di dalam tempoh yang telah ditetapkan itu, pembeli yang ingin membuat pra-tempah OPPO Find X boleh membuat pembelian e-baucar bernilai RM100 dari kedai rasmi OPPO di Lazada. E-baucar ini boleh digunakan untuk membayar baki belian peranti tersebut selepas hari pelancaran rasmi OPPO Find X pada 17 Julai 2018 nanti.

Melalui pengumuman yang dikongsikan, OPPO Malaysia juga turut mengesahkan penampilan istimewa dua selebriti terkenal sempena majlis pelancaran OPPO Find X iaitu jurugambar profesional antarabangsa, Keda’z Feng dan juga pelakon tempatan, Zahirah Macwilson. Keda’z Feng akan berkongsi pengalamannya menggunakan kamera pada Find X, manakala Zahirah Macwilson pula akan berkongsi pengalamannya menggunakan Find X di dalam rutin hariannya yang sangat padat.

Pra-tempah OPPO Find X secara eksklusif di Kedai Rasmi OPPO di Lazada.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend