Pra-Tempah Oppo F9 Merdeka Ini Dan Berpeluang Menangi Ganjaran Tunai RM999 Comments Off on Pra-Tempah Oppo F9 Merdeka Ini Dan Berpeluang Menangi Ganjaran Tunai RM999

Oppo F9 akan mula dijual di negara ini pada 30 Ogos 2018. Harga yang ditawarkan pula ialah RM1,399 malah kepada pelanggan yang sudahpun membuat pra-tempah mereka akan membawa pulang kotak hadiah bernilai RM299.

Untuk memeriahkan lagi Hari Kemerdekaan yang bakal tiba, Oppo turut mengadakan cabutan bertuah kepada pelanggan yang membuat pra-tempah dari 16 Ogos hingga 29 Ogos 2018. Seramai 117 pembeli yang terpilih akan membawa pulang hadiah ganjaran wang tunai sebanyak RM999. Seramai 99 orang akan menerima ganjaran hadiah tersebut pada hari pertama penjualan yang jatuh pada 30 Ogos 2018. Seterusnya disusuli 9 pemenang untuk hari berikutnya dan 9 pemenang lagi pada hari terakhir. Cabutan bertuah akan melalui sistem janaan komputer yang akan diumumkan di laman Facebook Oppo Malaysia setiap jam bermula 12 tengah hari hingga 9 malam setiap hari.

Oppo F9 dilengkapi skrin bersaiz 6.3-inci bertakuk kecil, dikuasakan cipset MediaTek Helio P60 dengan bantuan AI, serta memori 6GB RAM + 64GB storan. Bateri sebesar 3,500mAh boleh dicas pantas menggunakan sistem pengecasan pantas VOOC Flash Charge. Terdapat tiga pilihan warna antaranya Sunrise Red, Twilight Blue, dan Starry Purple.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend