Pra-Tempah OPPO F9 Di Senheng Dan SenQ Pada Harga Hanya RM58.29 Sebulan Dan Miliki Hadiah Percuma Bernilai RM299 Comments Off on Pra-Tempah OPPO F9 Di Senheng Dan SenQ Pada Harga Hanya RM58.29 Sebulan Dan Miliki Hadiah Percuma Bernilai RM299

OPPO Malaysia baru sahaja melancarkan model terbarunya OPPO F9 di negara ini secara rasmi pada 16 Ogos yang lalu dan pra-tempah model ini sudahpun boleh dibuat serentak pada hari majlis pelancaran tersebut.

Jika semalam OPPO telah menjanjikan ganjaran wang tunai sebanyak RM999 untuk setiap pembelian OPPO F9 sempena bulan kemerdekaan, hari ini OPPO Malaysia dengan kerjasama Senheng dan senQ turut mengumumkan tawaran menarik untuk anda memiliki OPPO F9.

Melalui pelan menarik ‘IPP x 24 Months’, pelanggan Senheng dan juga senQ boleh memiliki OPPO F9 yang berharga RM1,399 dengan hanya RM58.29 sebulan. Pra-tempah peranti ini di kedua-dua kedai tersebut akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM299 termasuklah Tumbler edisi terhad F9, speaker Bluetooth, dan juga kad keahlian O-club.

Pelanggan yang membuat pra-tempah melalui Senheng dan senQ boleh mengambil OPPO F9 pada hari pertama jualannya iaitu bermula 30 Ogos 2018 nanti. Pra-tempah dengan pelan bayaran ansuran selama 24 bulan ini boleh dibuat terus di cawangan Senheng dan senQ, ataupun melalui laman rasmi kedai tersebut.

Pra-tempah OPPO F9 anda sekarang:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend