Pra-Tempah OPPO F7 Versi 128GB Dengan RAM 6GB Bermula Hari Ini Hingga 27 April – Harga RM1,699 Comments Off on Pra-Tempah OPPO F7 Versi 128GB Dengan RAM 6GB Bermula Hari Ini Hingga 27 April – Harga RM1,699

Jika anda merasakan OPPO F7 dengan sokongan 64GB serta RAM 4GB masih belum mampu memenuhi keperluan harian anda, kini OPPO Malaysia sudahpun mengumumkan sesi pra-tempah versi 128GB dengan RAM 6GB. Bagi anda yang berminat untuk memiliki peranti AI terbaru dari OPPO ini, anda boleh membuat pra-tempah bermula dari hari ini (23 April) hingga 27 April 2018 nanti.

Untuk membuat pra-tempah OPPO F7 versi 128GB + RAM 6GB, anda hanya perlu membayar deposit hanya RM100 dan setiap pembelian akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM299. Model terbaru dari OPPO ini akan mula dijual di pasaran bermula 28 April 2018 ini dengan harga jualan RM1,699. Terdapat dua warna pilihan ditawarkan iaitu Diamond Black dan Solar Red.

OPPO F7 dikuasakan dengan pemproses MediaTek Helio P60, dioperasikan oleh ColorOS 5.0 AI berasaskan Android 8.1 Oreo, bateri berkapasiti 3400 mAh, tiga slot kad (dua SIM dan satu microSD), paparan skrin 6.23 inci FHD+, dan juga kamera hadapan beresolusi 25 Megapiksel dengan sokongan sensor HDR dari Sony.

Pra-tempah OPPO F7 versi 128GB + RAM 6GB di:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend