Pra-Tempah OPPO F7 Dan Miliki Kotak Hadiah Percuma Bernilai RM299 – 16 Hingga 20 April Comments Off on Pra-Tempah OPPO F7 Dan Miliki Kotak Hadiah Percuma Bernilai RM299 – 16 Hingga 20 April

OPPO Malaysia sudahpun mengumumkan tarikh pelancaran rasmi model OPPO F7 di Malaysia pada 19 April 2018 nanti. Bagi memeriahkan lagi ketibaan model terbaru ini untuk pasaran tempatan, OPPO Malaysia akan menawarkan kotak hadiah bernilai RM299 secara percuma.

Kotak hadiah percuma bernilai RM299 yang ditawarkan dengan setiap pra-tempah OPPO F7 ini mengandungi aksesori dari jenama Olike seperti fon kepala Bluetooth, sarung pelindung dan juga iRing holder.

Pra-tempah OPPO F7 akan bermula dari 16 hingga 20 April 2018 ini dengan menawarkan tiga warna pilihan yang menarik.

Bagi mendapatkan hadiah percuma itu, anda perlulah membuat pra-tempah OPPO F7 pada 16 hingga 20 April nanti melalui pelbagai saluran berbeza termasuklah OPPO Concept Store, 800 pusat jualan rasmi OPPO di seluruh Malaysia, ataupun terus melalui laman rasmi OPPO e-Commerce Store dengan membayar deposit sebanyak RM100.

Untuk maklumat berkaitan pra-tempah OPPO F7 dan pusat jualan, sila rujuk pautan berikut:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend