Pra-Tempah OPPO A9 2020 Bermula 18 September 2019 Untuk Memiliki Hadiah Eksklusif Bernilai RM258 Comments Off on Pra-Tempah OPPO A9 2020 Bermula 18 September 2019 Untuk Memiliki Hadiah Eksklusif Bernilai RM258 229

Serentak dengan hari pelancaran OPPO A9 2020 yang akan berlangsung esok (18 September 2019), OPPO Malaysia turut mengumumkan ketersediaan pra-tempah peranti terbaharunya itu. Istimewa untuk peranti yang telah dipra-tempah, pembeli akan turut menerima hadiah eksklusif percuma bernilai RM258 iaitu terdiri daripada Waranti Perlindungan Skrin (RM99) dan juga beg eksklusif OPPO (RM159).

Menariknya melalui program keahlian OPPO Premium VIP, OPPO A9 2020 yang dibeli di OPPO Concept Store akan turut layak menerima harga kombo istimewa untuk dua pakej berbeza, dan pakej ini boleh dinikmati selepas tarikh pra-tempah hingga 30 Oktober 2019. Berikut adalah dua pilihan pakej yang ditawarkan:

OPPO A9 2020 menawarkan sokongan empat kamera beresolusi 48MP + 8MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Portrait) + 2MP (Mono), dan ia turut disertakan dengan ciri Ultra Night Mode 2.0 serta sudut penggambaran luas mencecah 119 darjah. Didatangkan dalam varian 8GB + 128GB dan juga bateri berkapasiti 5000mAh, harga dan spesifikasi penuh peranti ini akan didedahkan secara rasmi esok.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend