Pra-Tempah OnePlus 8 Dengan Harga Bermula RM2,899 Dan OnePlus 8 Pro Bermula RM3,699 Kini Dibuka Comments Off on Pra-Tempah OnePlus 8 Dengan Harga Bermula RM2,899 Dan OnePlus 8 Pro Bermula RM3,699 Kini Dibuka

Akhirnya penantian untuk menyaksikan kemunculan jenama yang sedikit masa dahulu pernah digelar sebagai ‘Flagship Killer’ kini telah terjawab selepas pra-tempah untuk model OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro di Malaysia telah mula dibuka secara rasmi.

Untuk pasaran di Malaysia, OnePlus 8 telah ditawarkan dalam dua varian pilihan iaitu 8GB + 128GB yang dijual pada harga RM2,899, dan varian 12GB + 256GB pula dijual pada harga RM3,299. Ia juga tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Onyx Black dan juga Glacia Green.

Manakala untuk model OnePlus 8 Pro juga turut ditawarkan dalam dua varian pilihan iaitu 8GB + 128GB berharga RM3,699, dan varian 12GB + 256GB pula dijual pada harga RM4,099. Selain warna Onyx Black, ia juga tersedia dalam warna Ultramarine Blue.

Kedua-dua model ini sudahpun mula dibuka untuk dipra-tempah secara atas talian di kedai rasmi OnePlus di Lazada dan Shopee. Malah pra-tempah siri OnePlus 8 ini juga telah dibuka di platform e-dagang popular seperti SatuGadget, DirectD dan juga Mobile2Go.

Spesifikasi OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro:

  • OxygenOS 10.0 (Android 10)
  • Qualcomm Snapdragon 865
  • 8GB + 128GB / 12GB + 256GB (LPDDR5 + UFS 3.0 2-LANE)
  • Skrin:
    • OnePlus 8 – 6.55 inci Fluid AMOLED FHD+ (90Hz, DCI-P3, HDR10+)
    • OnePlus 8 Pro – 6.78 inci Fluid AMOLED QHD+ (120Hz, DCI-P3, HDR10+)
  • Kamera utama:
    • OnePlus 8 – 48MP (Sony IMX586, 6P lens, OIS, PDAF) + 16MP (Ultra Wide) + 2MP (Macro)
    • OnePlus 8 Pro – 48MP (Sony IMX689, 7P Lens, OIS, PDAF, AF Laser) + 8MP (Telephoto, OIS, 3x optical zoom) + 48MP (Ultra Wide) + 5MP (Depth)
  • Kamera depan: 16MP (Sony IMX471, EIS)
  • Bateri:
    • OnePlus 8 – 4300mAh (Warp Charge 30T)
    • OnePlus 8 Pro – 4510mAh (Warp Charge 30T, Pengecas tanpa wayar 30W)
  • WiFi 802.11ax (WiFi 6), Bluetooth 5.1, NFC, Dual Frequency GPS, USB Type-C 3.1
  • Sensor:
    • OnePlus 8 – Accelerometer, Compass, Gyroscope, Ambient Light, Proximity, Sensor Core
    • OnePlus 8 Pro – Accelerometer, Compass, Gyroscope, Ambient Light, Proximity, Sensor Core, Laser sensor, Flicker-detect sensor, Front RGB sensor
  • Speaker stereo (Dolby Atmos)

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend