Pra-Tempah OnePlus 6T Kini Dibuka Secara Rasmi Di Lazada, 100 Pembeli Terawal Akan Menerima Jaminan Waranti Tambahan Comments Off on Pra-Tempah OnePlus 6T Kini Dibuka Secara Rasmi Di Lazada, 100 Pembeli Terawal Akan Menerima Jaminan Waranti Tambahan

Baru sahaja dilancarkan secara rasmi, hari ini pengedar rasmi OnePlus di Malaysia telahpun mula membuka sesi pra-tempah OnePlus 6T di platform e-dagang Lazada.

6GB + 128GB

Apa yang menariknya, kesemua tiga varian yang diumumkan sebelum ini boleh dimiliki pada harga bermula RM2,588 untuk varian 6GB + 128GB, manakala varian 8GB + 128GB ditawarkan pada harga RM2,888, dan varian tertinggi 8GB + 256GB pula boleh dimiliki dengan harga RM3,188.

8GB + 128GB
8GB + 256GB

Lebih menariknya, 100 pembeli terawal akan turut menerima ganjaran berupa 1 tahun jaminan waranti tambahan bernilai RM398, dan juga diskaun sebanyak RM200 untuk pembelian Bullets Wireless bernilai RM429. Pembeli yang membuat tempahan akan mula menerima peranti tersebut pada 8 November 2018 nanti.

Pra-tempah OnePlus 6T di Lazada

Baca juga:

OnePlus 6T Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend